BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
WELCOME TO BLOG MISS HONEYZAN..THANK YOU =)

Wednesday 27 April 2011

~ape-ape ajer ~

Salam semua,, ari nie dah masuk ari ke berapa aku malas nak update blog aku,,sjak kblakangan nie mcm ade sesuatu yg mengganggu fikiran aku,,aku sendiri pun jadi keliru,,samada aku gembira, sdih atau kecewa..mcm aku nie dah x de prasaan kan..smpai aku punye keje pn aku wat endah x endah jer,,mcm mane aku nak bagi brsemangat ckit dlm diri aku nih,,

Dalam sebulan nie jiwa aku nie rase mcm kosong ajer,,x mcm org lain..adakah aku masih kecewa dan rase sedih kerana org yg aku cintai,,atau krana sikap org lain,,sbb ape yg aku buat skrg nie sumenyer serba x kena,,aku dpt rase lain sgt dlm diri aku nih,,aku da x mcm sblm nie..aku x hepy mcm sblm nie,,tapi bla dpan org rmai, aku wat mcm biase ajer,,mcm x de ape2 yg berlaku..

korang sume,,mcm ane aku nak ckp yer,,aku sbnrnyer syg sgt2 dgn bf aku,,tapi nape dia lakukan mcm ni sume kat aku,,aku x boleh lupakan dia,,wlau seminit skalipun,,setiap mase aku akan pk tntang dia,,klu boleh setiap masa aku teringin nak tau ape yg dia tgah buat,,tapi,,aku x leh wat cam tu..sbb dia x prnah ingat dkt aku,,dia x de contact aku pn,,dia x nak amek tau ttg aku langsung,,aku chat ke tidak dia bkn peduli..

tapi kenapa dulu dia beria sgt nak brkwn dgn aku,,dia dah amek ati aku,,dia dah wat aku sygkan dia,,smpai aku dah pun jatuh cinta dgn dia,,skrg dia seolah-olah nak tngalkan aku plak..ini sume x adil bagi aku..bkn snang aku nak jatuh cinta dgn seseorang,,nak crahkan ksih syg aku pada seseorang tapi skrg kau dah wat aku kecewa,,aku dah x berdaya lagi rasenye nak menanggung rase keperitan ni sume..

(= Hasil Nukilan dari Honey =)

Thursday 21 April 2011

~ rindunyer kat kampung aku ~

Cakap psal kmpung,,aku pun dah lame x blik kpg,,nak dkt sbulan jgalar,,last aku blik ari tue mse abg aku kwin blan 3..tpi x per,,awl bulan 5 nie kan cuti..mse tu la aku nak kena abiskan mase dkt kampung halaman..rindu btul dkt mak ngn ayah aku dkt saner,,msti diorang pn rindu kat anak dia..hehehe *mak ayah mane yg x sygkan anak diorang kan*

da lame juga kami adik bradik x brkumpul dkt kampung,,klu x mmg seronok ramai-ramai balik kampung,,mesti suasana dkt sana mnjadi riuh rendah..klu korang nak tau aku ade 12 orang adik bradik..5 org lelaki dan 7 org perempuan..aku merupakan anak yg ke 10 drpd 12 org..sumenyer dha abis sekolah dan masing-masing da ade kerjaya sendiri..



MISS U ALL DAMN MUCH..
Bersama 12 org adik beradik


my big family,,
begitu meriah sekali keluarga saya
smile always

aku rindu jgak dkt kwn-kwn aku dkt kmpung,,da lame x jmpa diorang..*wei nt aku blik kampung kte kumpul ramai-ramai tau mcm dulu2..rindu sgt kenangan kite waktu skolah dulu kan* best giler2 dpt sembang ngn korang tau,,aku sayang sgt dkt korang..korang syg aku tak??=) =)

(= Hasil Nukilan dari Honey =)

~ ngantuknyer ari nie ~

Nape la aku ngantuk sgt ari nie..nak kate aku tdo lmbat x de la plak,,aku tdo malam td dalam kul 11 lebih jer..tapi pagi2 tadi mata aku pnye lar bulat,,x rase ngntuk lngsung,,dalam kul 11 lbih tdi aku pegi sharp dkt shah alam,,ade la keje ckit nak kene wat,,

balik dari shah alam aku yg drive,,sblm smpai ofis aku pgi lunch dulu dkt restoran asam pedas dkt setiawangsa,,bleh tahan jgala asam pedas dkt sane,,tp aku x suka sgt pn,,just saje2 nak pgi mncuba..pas makan trus balik ofis dkt wisma rampai,,smpai je aku kat ofis tba2 jer rase mngantuk mula menghantui mata aku,,mgkin sbb aku trlampau knyang agknyer..

Klu ikutkan aku mmg jrang skali mkn nasi waktu lunch,,bkn nyer ape aku cma nak elakkan rse mngantuk ajer,,2 yang wat aku x suka nak mkn time mcm tue,,tpi x apela skali-skala aje aku mkn time lunch,,waktu aku tgah mnaip nie pn sbnrnye tgah ngntuk lagi,,tapi saje nak conteng-conteng kat blog ni kjap,,bagi mata aku nie segar ckit..brula leh wat keje dgn snang ati kan korang..=)

=) Hasil nukilan dari Honey =)

Wednesday 20 April 2011

~ Andai awak tahu ~

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



(= Hasil Nukilan Dari Honey =)

Tuesday 19 April 2011

♥ madah cinta ♥

Cinta yg disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh kembali selagi iman terselit didada.

Cinta Bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari 2 perasaan. Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta…

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan 
..dan yang pasti, cinta Allah yang paling abadi.


do`a himpunan :
"Ya Allah, kurniakanlah aku, insan yang dapat membuatkan aku lebih mencintai-Mu
Ya Allah, kurniakanlah aku, barang yang dapat membuatkan aku lebih mencintai-Mu
Moga cintaku kepada-Mu melebihi segala cintaku terhadap yang lain di muka bumi ini"


(= Hasil Nukilan dari Honey)

~aku kecewa dgn kau~

 trangtriblog.com



salam semua,,ar nie ati aku rase sdih sgt2,,aku igtkan ble aku dpt ckp ngn dia aku dpt lpaskan rindu aku dkt dia,,sekian lame dia mendiamkan diri..tapi sebaliknya dia mcm x suka nak brckp dgn aku..seolah-olah dia dah bosan brckp dgn aku..

aku dgr dari suara dia,,aku faham dia letih baru nak blik keje,,tapi ape salahnye klu dia ckp dgn aku elok2..dia jadikan aku mcm tmpat dia nak lpaskan segala keletihan dia..aku ingtkan bleh la aku kongsi mslah dia dgn aku..aku x suka lelaki yg x  menghargai aku dalam hidup dia..




 trangtriblog.com

Biarkan aku keseorangan dcini,
aku perlukan mase utk terime sume nie


ternyata pengorbanan aku selama ini sia-sia belaka..ptut ke aku brsbar lagi dgn sikap dia mcm 2.pdhal hati & prasaan aku dah hancur brkecai..tapi dia ckit pn x faham hati seorang perempuan ni mcm mane..Tapi aku kena kuat untuk terima dugaan nie daripada DIA..

(= Hasil nukilan dari Honey =)

Friday 15 April 2011

~ what can i do now~

Ari ni dah ari jumaat,,cpat tul mse brlalu skrg,,bsok cuti..tapi mane aku nak pegi ari minggu nie..nak tunggu org bawa aku g jln ntah bla,,slalu aku pegi jlan2 dkt kl nie bf aku yg bawa,,tapi dia pn dah lama x pdulikan aku lagi..x kan dia x terpk langsung aku dkt cni,,ape aku wat dkt cni,,dia x nak amek tau langsung..nak x nak aku kena jga duk kat umah sorang-sorang..

Kwn-kwn satu rumah yang lain msti sumenye  x de kat umah,,dah tentu diorang pergi dating ngn bf msing2,,tinggal la aku keseorangan..bla aku duk umah sorang-sorang mula lha aku pk bnda yg bkn2,,aku dgr lagu smbil lyan prasaan aku yg tgh sedih nie,,aku mnangis sorang2,,aku slalu pk mcm ane la aku nak truskan hidup aku tanpa org yg aku  syg sgt2,,x de sorang pn tau ape yg aku rase wktu tu,,kdg2 aku trasa sunyi sgt dlm hidup aku nie,,rase mcm dah x ade ape-ape lagi,,sumenye dah kosong..

Tapi,,mcm ane skali pn aku masih ade family aku lagi,,mereka org yg pling aku syg skali,,diorang selalu bg aku semangat untuk aku melakukan sesuatu perkara,,wlu aku kecewa sekali pn dalam ujian bercinta nie,,aku ttp kna truskan hidup aku,,aku kena sentiasa berdoa agar hubungan kami akan kekal utk selama-lamanya..dan aku percaya klu dah jodoh kami x kan kemana..aku akan berusaha sedaya upaya dlm membina mahligai cinta kami berdua seperti kami bersama dulu..

(= Hasil Nukilan dari Honey =)

Wednesday 13 April 2011

~Penink Kepala~

OMG,, pningnye kpala aku..klu korang nak tau aku penink dsbbkan blog aku jga..=) ade je bnda yg aku nak wat x jdi2 jga,,tpi x per aku akn berusaha smpai bleh jga..bak kata pepatah "USAHA TANGGA KEJAYAAN"..org lain lh wat ,Aku mesti bleh jga kan korang =)..

Arini byk btul keje aku kena wat dkt ofis,,itula aku,, ska sgt menangguh keje smpai byk..=) skrg sndiri mau ingat lha kan..=) x sabo nak blik keje,,pas 2 leh la rhat2 kat umah..BESTNYERRRR..Duk umah saje pn bring jgak,,x de xtvt nak wat lngsung..mcm niela xtvt aku stiap ari dgn kwn-kwn aku..aku dha lame x g brsiar-siar..blik keje duk umah, pas 2 tdo..BORING JGAK kan...

♥ love, love & love ♥


♥Walau camne skalipun hidup msti dteruskan♥

Tuesday 12 April 2011

~LuAhAn HaTi AkU~

Dulu, Seawal perkenalan kita, saya la org prtama yg awk cari,
dulu, awk sentiasa ada waktu utk brsama dgn saya,,
wlau awk cbuk skalipn, mse awk akn ade utk saya,,
kjap pn msti ada,

Dulu, awk slalu call saya..Mesej saya..klu saya x balas,,
awk msti glisah cari saya,,
dulu, mse kita gaduh, awk cba pjuk saya,,
tak prnah brksar dgn saya, lmbutnya bhasa awk..

Dulu, awk slalu ckp awk syg saya sgt2,,
slalu awk luahkan yg awk rindukan saya,,
dulu, awk buat sgala-galanya utk saya,,
sehingakan saya jatuh hati pd awk,,
hinggakan ksih syg saya hanya utk awk..

Demi sygnya saya pd awk,,
saya sanggup tolak cinta org lain,,
saya NAK AWK jer,,
X NAK org lain..

Bila saya bckp dgn awk,,
saya gunakan kjujuran & keikhlasan,,
saya x nak awk terluka,,
SAYA SAYANG AWK..

Saya mngadu sume mslh saya pd awk,,
sbb saya dah anggap awk sebahagian
dri hidup saya,,
 Pntingnya awk utk saya..

Setiap mase saya akan jga hati & prasaan awk,,
saya X NAK awk trasa pd saya,,
stiap ksalahan saya,, saya akn perbtulkan..

Kini stelah saya buat sgala-galanya utk awk,,
awk sia-siakan saya,, awk abaikan saya,,
abaikan prasaan saya,,
tak hirau bla saya mnangis krana awk..
KENAPA AWK??

Awk dah jrang call saya,,
Awk ckp awk bz,,
Tp awk ade plak masa dgn kwn2 awk,,
KENAPA awk TIPU saya??
PERNAH ke saya TIPU awk??

Tiap kali gaduh,,awk lari dri mslah,,
bkn nak pujuk pn,,Awk buat salah,,
awak salahkan saya blik,,
awk bkn nak minta maaf pn,,
TERLUKANYA HATI SAYA...=(

Awk dah x jjur pd saya,,
ini ke org yg saya prnah knal dulu,,
Bla saya dah syg awk sgt2,,
Awk wat x tau je pd saya,,
AWK CKP AWK SYG SAYA??
Tapi nape wat saya cam nie??

Awk tau x,,
saya x prnah menduakan ksih syg saya,
dan cinta saya pd awk,,
hanya awk je yg ada dlm hidup saya,,
saya x perlukan org lain,,
hanya awk je yg saya perlukan..

Berkali2 awk lukai hati saya,,
berkali2 jga saya menitiskan air mata
KERANA AWAK,,
tapi awk x pernah memahami..

Walaupun awk slalu sakiti saya,,
menipu saya, beribu kali pun
awk LUKAI PERASAAN SAYA,,
saya tetap MAAFKAN awk..

KASIH SAYANG saya pd awk,,
akan slalu memaafkan,,
cinta saya sentiasa MENGAMPUNI
KESALAHAN AWK..

Kasih syg & cinta ini
x akan pernah terhapus,,
malah sentiasa MENGHARAPKAN
suatu hari nanti,,
AWK AKAN SEDAR..

AWK,,DENGARLAH!!
FAHAMILAH!!
SAYANG SAYA UTK AWK TERLALU IKHLAS,,
UNTUK SELAMA-LAMANYA,,

(= Hasil nukilan dari honey =)



Monday 11 April 2011

~ Saye rindu Awak~=(

Awak, sye nak awk tau sye btul2 rindukan awk,,awk tlgla fham ape yg sye ckpkan nie,,sye nak awk ade dkt dgn sye,,tpi sye tau awk jauh dgn sye skrg,,awk blik la cni,, sye nak jmpa awk,,sye perlukan ksih syg dari awk,,sye nak ade dlm dkapan awk..



 trangtriblog.com



Knpa awk snggup wt sye cmni ha?? knape awk x pdulikan sye lngsung?? ape slah sye pda awk?? knape awk?? awk tlg la bagi jwapan 2 sume pda saye,,sye prlukan pnjlasan drpd awk,,awk taukan sye sgt2 mencintai awk,,x ade sape yg bleh gntikan awk dlm ati syer?? awk tau kan??=( 

awk,, sye nak ckp kat awk yg sye cmburu sgt dgn kwn2 syer..diorang x pnah brsdih mcm sye,,diorang slalu hepy dgn bf diorang,,tpi knpe kter lh jdi mcm nie?? ape kkrangan syer wak?? ape yg x ckup lg pd sye?? ape yg awk nak dri syer?? 

knp kte x same mcm dulu2,,dulu awk slalu ckp dgn sye yg awk sentiasa syg dan cintakan sye,,awk tkut khilangan sye,,awk nak kite hidup same2,,tpi mane jnji2 awk 2 sume?? atau adakah awk da bjanji pda org lain??


(= Hasil Nukilan Dari Honey =)

~tenson vs boring~

hai sume,, aku ari ni mmg btul2 x de mood,,ini sume dsbbkan org yg aku sayang,,dia  da lme x pdulikan aku,,seolah-olah mcm aku x de sape2 je ..aku rase sdih sgt..klu lha dia fham pe yg aku rase,, dia x kan wt aku cm nie,,nk ktekan aku de wat slah ngn dia,, seingat aku,,aku x pnah skitkan ati dia..malah aku slalu fhamkan dia..tpi knpe dia blas pada aku yg mcm nie..?? =)



 trangtriblog.com
Hati aku umpama mcm cermin yag dah pcah,,
x de sape yg hraukan prasaan aku..

jiwa aku btul 2 da ksong skrg,, dia wat aku nie seolah2 mcm x de ati ngn prasaan,,tpi x pe aku akan slalu bsabar dgn kerenah dia..x de sape yg bleh fham prasaan aku skrg nie..aku nak sentiasa dsayangi mcm ape yg org lain rse..tpi aku dah lme x mrasa bnda ni sume..mcm dah x de mkna lgi je aku bcinta dgn dia..tpi ati aku ttp syg dan cintakan dia..x de ape yg bleh mrubah bnda nie sume..

=) Hasil Nukilan Dari Honey =)

Friday 8 April 2011

~So tired~

Hari nie mrupakan ari yg pling pnat2 gler bagi aku,,satu ari x de mase lngsng nak relax dlm ofis,,peh bleh jdi gler aku cam ni slalu,,tapi keje pnye psal aku kena layan jgakla,,utk mse dpan aku jga,,=) tpi x pe bsok aku leh rhat spuas-puasnye dkt umah,,tpi duk umah saje pn bring jgak,,mcm 2 la xtvt aku di hari minggu,,klu korang msti x bleh jadi mcm aku kan,,mau korang leh gler memerap jer kat umah=)


(= Hasil nukilan dari Honey =)

Thursday 7 April 2011

Aku sdah smakin chat

Alhmdlillah,, akhirnye aku dah beransur pulih dari sume pnyakit,,bru leh mulakan keje dgn snang ati right,,aku pergi keje cam bese, n then trus bkak blog aku,,nak wt keje,, keje lngsung x de dlm ofis nie..aku byk relax aje smnjak keje kat cni..tpi aku sronok keje kat cni..ati aku pn snang,,x byk msalah..Aku rase cam ngntuk plak pagi nie,,klu smbung tdo pn best gak nie..

(= Hasil Nukilan Dari Honey =)

Tuesday 5 April 2011

Kurang chat

Selesema sudah mula menyerang aku,,ini sume dsbbkan aku mkn udang yg terlalu byk smpai aku jd mcm nie,,klu korang nak tau aku ni ade resdung,,dah tau x elok mkn seafood,,tapi aku nak mkn juga,,inila akibatnye org yg dgil,,aku ni sbnarnye mmg hantu seafood,,ssah utk aku tnggalkan bnda ni sume..Dlm kul 2 3 pagi tadi aku ingatkan dmam plak dah mnyerang aku,,sbb aku rase bdan aku jdi lemah dan x brmaya,,tpi pgi tadi bla aku bngun nak mandi,,dmam ni dah ok ckit,,alhmdlillah sbb x truk lgi kan..nak x nak aku kene pegi keje jga ari nie..rimas btul la hidung aku nie,,tpi yg pyhnye aku nie x ska mkn ubat,,lagi suka biarkan pnyakit nie smbuh sndiri..itula pnyakit aku dri kecik lagi..

(= Hasil Nukilan dari Honey =)

Monday 4 April 2011

Masalah d tmpat keje

Knape la kes ni x setel2 lagi,,aku rse nak dmam pk kan bnda ni sume,,yg pnting aku dah cte prkara yg sbnrnye pada bos aku..tapi aku x tau samada dia pcaya pada aku atau tidak..aku btul2 runsing..aku baru mula nak mmbiasakan diri dtmpat yg baru..tpi mcm2 mslh yg aku dah dpt wlu blum ckup staun lg aku bekerja..

Ari nie aku keseorangan dlm ofis..aku prlukan tman utk berbicara..tapi tiada siapa yg bleh mluangkan mse dgn aku..trpaksalah aku mlayan bnda ni sume srang2..mau nak pcah kpala aku..omg..wlu ape trjadi aku kena hadapi ujian ni sume dgn tnang dan sabar..

Skrg sdah tba msenye utk aku log out my blogger,, coz aku nak blik umah dah..aku nak tnangkan fikiran aku yg tgah kusut masai nie..ok, smoga kte brjmpa lgi pada keesokan harinye,, hrap2 sumenye akan slesai..AMIN

(= Hasil nukilan dari Honey =)

sambungan kisah masa lalu...

Setelah bbrapa minggu pemergian dia,, aku bleh tersenyum dsbbkan aku telah mendapt number phone dia,,*hanya sbb 2 je wat aku jd hepy* so blehla aku brhubung lagi dgn dia...aku pn try la ske2kcau dia melalui sms..mula2 dia x knal sape aku..lme klamaan bru dia tau sape gerangan org yg tlah mnggangu dia.=) semenjak dari hari itu prhubungan kami mnjadi smakin rapat dan intim..kami sentiasa contact antara satu same lain,,mau dkatakan tiap2 ari jga la..dlm kami brkawan 2 bru aku dpt tau bhawa dia jga ade hati dgn aku smnjak kali prtama dia nmpak aku..tapi dia sgan nak ckp dgn aku..*Sukernye sbb aku dah x brtpuk sblah tgn lg* =)

mcmane skalipun aku x ksah,, sbb dia pn dah trus trang dgn aku..kami pn mulala mengenali hati budi msing2..tpi waktu 2 kami jrang jmpa,, sbb time tu dia msih di latihan rekrut..brapa blan lpas dia dah abis latihan,, brula kami brjumpa di central market..rindu gler aku dkt dia..tpi mse 2 kpala dia botak lagi..klu korang nak tau time 2 kpala dia nmpak cm alien tau..ha3..klaka jga la bla aku nmpak dia time 2..tapi smentara aje kan..wlu cam ane skalipn aku ttp sygkan dia..wlupn kami x declare lagi..=)

Bla aku borak2 ngn dia,, dia ckp ade bnda yg dia nak ckpkan dgn aku..aku ingat kan aku dpt dgr berita baik dari dia,,rpa2 nye sngkaan aku bnar2 meleset..dia mengatakan pada aku yang x lme lagi dia kna posting ke kelantan..lagi skali dia nak pergi tinggalkan aku keseorangan dikuala lumpur..tapi apakan daya aku kne redha dgn pemergian dia buat kali kedua..wlu pn dia kna posting dky sane,, dia ttp ingat aku,,tiap2 ari dia telefon aku dan dia slalu ckp yg dia akan slalu merindui aku dcni..aku btul2 hepy dgr dia ckp mcm tue..

aku dpt rasekan hidup aku bhagia sgt biarpn dia jauh dari aku,,sblm nie aku x prnah mrasakan hidup aku seperti waktu nie..aku rase dunia nie mcm milik kami berdua jer..=)stelah staun lbih kami brkwn akhirnya kami dah declare sbg pasangan kekasih..dan aku nekad utk menyayangi dia smpai bla2,,dan aku brjanji tiada siapa yg bleh mggantikan tmpat dia dalam HATI aku..bgitu jga dgn dia..biarpn kami jrang brjmpa tapi hati kami sentiasa dkt..aku fham situasi dia disana..






 trangtriblog.com


Tapi klu dia ade cti panjang,, dia akan blik ke Kuala Lumpur...da tentu dia rndukan family dia dkt cni, bgitu jga dgn aku kan,,=) time 2 aku mmg x sbar btul nak jmpa dia,,aku akan mnunngu dgn hati yg gembira=) =)..

Selepas dua tahun kami brkwn,,sedikit demi sdikit dia sdah mnunjukkan prubahan diri dia,,aku sndiri terkejut dgn prubahan dia..dia mula menunjukkan prangai dia..dia mengatakan pada aku yang dia nak bakal teman hidup dia seorang yang berkerjaya..smenjak drpd ari 2 aku cba sdaya upaya utk menunaikan ape yg dia minta dari aku,,tapi smpai skrg aku gagal melaksanakan impian dia..aku cma mampu berdoa kepada TUHAN agar memberi aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh segala dugaan dari dia..

Slama 6 taun aku brkwn dgn dia,, dia ttp dgn pendirian dia..ape yg mmpu aku lakukan cuma redha dgn ape yg berlaku..aku x boleh nak memaksa dia spaya memilih aku sebagai teman hidup dia..dia yg berhak mmbuat kputusan..wlu ape pn kputusan dia,,aku cma nak tgk hidup dia gmbira..jikalau dia dpt teman hidup yg bleh membahagiakan hidup dia,,aku pn trut bahagia..aku faham yg aku x ade mse dpan utk dia..aku x lyak utk seorang insan spti dia..

Biarkan byk kata2 yg dia lemparkan pada aku(biarlah rahsia sumenye),,tpi ati aku ttp menyayangi dan mencintai dia spenuh ati aku..mgkin satu ari nt dia akan brubah..smpai skarang aku ttp mnunggu dia..biarla dia x prnah nak menjaga ati dan prasaan aku,, aku sndiri bleh kawal sume 2..hanya tuhan aje yg tahu ape yg aku rase skrg ini..moga suatu ari nt dia akn fhm bgaimane prasaan aku pd dia.. aku RINDU sgt2 dgn kamu..=)

(= Hasil nukilan dari honey =)

Rindunyer....

Da bape ari aku x tgok blok aku,,rindu plak rsenyer..mcm ne aku nak tgok,,slalu kat ofis je aku dpt tgk blog nie..cti mngu lpas aku pg umah akak aku kt Sg Buloh,,da lme x jmpa anak buah ksayangan la..akhirnye dpt jga aku mlepaskan rindu aku yg trpendam wlupn cma 2 ari saje..=)